Tuesday, November 18, 2008

ANALISIS TAHAP KEEFISIENAN BANDAR AMPANG JAYA

Analisis ini dibuat berdasarkan kepada jumlah tertinggi pemilihan responden dalam setiap aspek yang dikaji. Ianya melihat kepada tahap ukuran bandar iaitu sangat efisien, efisen, kurang efisien, tidak efisien dan tiada komen.

1) EKONOMI BANDAR

Dari aspek ekonomi bandar, majoriti responden berpendapat bahawa ekonomi di bandar Ampang Jaya berada pada tahap efisien. Hal ini dapat dilihat pada aspek perkhidmatan swasta iaitu seramai 28 orang responden yang mengakui bahawa sector ini merupakan tahap yang efisien dalam ekonomi di bandar Ampang. Begitu juga, dengan bidang pendidikan dan restoran yang mempunyai tahap kecekapan yang efisien. Hal ini disebabkan sektor swasta lebih memberi perkhidmatan yang lebih baik berbanding perkhidmatan awam.

2) KEMUDAHAN MASYARAKAT, UTILITI DAN SOSIAL

Berdasarkan kemudahan masyarakat, utiliti dan sosial, dapat dilihat pemilihan responden tertinggi adalah pada tahap efisien iaitu dari aspek kemudahan kesihatan swasta dengan jumlah responden seramai 31 orang. Di samping itu juga, medan selera menjadi salah satu faktor yang memperlihatkan keefisienan pihak berkuasa tempatan di Ampang Jaya. Pemilihan ini mungkin disebabkan atas perkhidmatan yang disediakan oleh kemudahan kesihatan swasta lebih sistematik dan teratur. Begitu juga dengan medan selera yang menjadi pilihan tertinggi responden kerana aspek penyediaan makanan yang boleh didapati dalam pelbagai jenis masakan dan kedudukan tempat medan selera yang agak strategik di tengah-tengah bandar serta keadaannya yang selesa dan bersih.

3) INFRASTRUKTUR DAN UTILITI

Bekalan elektrik menjadi salah satu faktor yang menunjukkan tahap keefisienan dalam infrastruktur dan utilliti di bandar Ampang. Seramai 30 orang responden berpendapat bahawa perkhidmatan bekalan elektrik yang disediakan kepada penduduk adalah efisien dan sempurna. Namun begitu, terdapat seramai 31 orang responden yang mengatakan bahawa sisa pepejal dan kutipan sampah yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa tempatan adalah tidak efisien. Hal ini mungkin kerana kekerapan pemungutan sampah yang dilakukan adalah berada pada tahap yang rendah, di samping kadar pencemaran akibat lambakan sampah adalah tinggi.

4) REKABENTUK, IMEJ DAN LANDSKAP BANDAR

Jika dilihat pada tahap kecekapan dari aspek rekabentuk, imej dan landskap bandar pula, tahap efisien dan kurang efisien adalah seimbang. Berpandukan soal selidik yang dilakukan ke atas penduduk Ampang didapati bahawa seramai 23 orang responen mengakui bahawa rekabentuk bangunan kerajaan adalah efisien dan 23 orang responden juga memperlihatkan tahap kurang efisien terhadap aspek papan tanda dan billboard serta tempat-tempat kegunaan sivik dan kebudayaan. Hal ini mungkin kerana, bangunan kerajaan penting sebagai salah satu simbol kemegahan sesebuah bandar dan perlu direka dengan pelbagai bentuk yang menarik.

5) PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGAN

Dari aspek pengangkutan dan perhubungan pula, tahap tertinggi adalah tahap efisien. Hal ini dapat dilihat pada sistem pengangkutan LRT, ERL dan Monorel dengan seramai 30 orang responden yang menyatakan bahawa kemudahan pengangkutan tersebut beroperasi dengan sistematik dan memudahkan perjalanan orang ramai. Selain itu, bas dan teksi juga mencatatkan tahap efisien yang tinggi memandangkan perkhidmatan ini mudah didapati di kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai. Manakala tahap kurang efisien pula diperlihatkan pada aspek laluan motosikal dan basikal yang tidak begitu memuaskan.

6) PERDAGANGAN / PERKHIDMATAN

Melalui aktiviti perdagangan dan perkhidmatan pula, tahap efisien menduduki ranking tertinggi sekali di Ampang. Keadaan ini diperlihatkan menerusi kegiatan perniagaan borong serta hospital dan klinik pakar persendirian. Selain itu, kawasan penjajaan dan pusat membeli-belah, hypermarket dan pasaraya juga berada pada tahap efisien hasil daripada kajian yang dilakukan terhadap responden yang terlibat. Keefisienan ini mungkin disebabkan oleh kemudahan perkhidmatan yang disediakan di pusat-pusat membeli-belah, hypermarket dan pasaraya serta perniagaan borong menyediakan kelengkapan yang cukup dari pelbagai segi kepada orang ramai. Kawasan penjajaan juga mudah didapati di sekitar bandar Ampang dan menjual pelbagai makanan serta minuman yang lazat dan menepati citarasa pengunjung.

7) PERKILANGAN & PERINDUSTRIAN

Pada aspek perkilngan dan perindustrian pula, rata-rata responden memilih aspek ini sebagai kurang efisien. Seramai 23 orang responden mengatakan bahawa kemudahan infrastruktur merupakan tahap kurang efisien yang paling tinggi. Selain itu, pembangunan industri dan perkhidmatan juga mencatatkan jumlah kurang efisien iaitu seramai 18 orang responden. Hal ini mungkin disebabkan kekurangan peruntukan kerajaan tempatan untuk menyediakan kemudahan-kemudahan asas bagi keselesaan penduduk.

8) PELANCONGAN DAN BUDAYA

Dari aspek ini, perkhidmatan pengangkutan awam seperti bas, teksi dan LRT menduduki tahap efisien dalam pelancongan dan budaya. Secara tak langsung keadaan ini menunjukkan bahawa jumlah tertinggi pemilihan responden dlam aspek pelancongan dan budaya adalah pada tahap efisien. Begitu juga perkhidmatan bagi mesyuarat, insentif, konvensyen dan pameran yang mencatat jumlah seramai 21 orang responden. Hal ini mungkin kerana, pengangkutan awam yang disediakan mudah didapati dan agak teratur dari segi sistem perjalanannya . Manakala, tahap kurang efisien dapat dilihat dari segi promosi pelancongan, agensi dan pemandu pelancong serta daya tarikan sejarah dan budaya. Tahap kurang efisien mungkin disebabkan oleh tiadanya inisiatif untuk mempromosikan kawasan-kawasan tempat pelancongan yang terdapat di bandar Ampang. Hal ini ditambah lagi, dengan kekurangan daya tarikan sejarah dan budaya yang menyukarkan lagi untuk mempromosikan tempat-tempat pelancongan yang menarik. Di samping itu, agensi dan pemandu pelancong juga kurang disediakan sedangkan kedua-dua ini adalah amat penting dalam menjalankan aktiviti pelancongan.

9) PERUMAHAN

Berdasarkan kepada sudut perumahan pula, majoriti responden memilih tahap efisien pada aspek perumahan kos sederhana, perumahan kos rendah, perumahan kos mewah serta lokasi kawasan perumahan. Keadaan ini disebabkan oleh keseimbangan dalam penyediaan perumahan terhadap penduduk yang bersesuaian dengan ukuran pendapatan mereka. Selain itu, lokasi kawasan perumahan yang dipilih juga agak strategik dan menepati citarasa penduduk.

10) KESELAMATAN DAN KAWALAN

Seramai 26 orang responden menyatakan bahawa aspek ini kurang efisien dari segi kecekapan yang dipertanggungjawabkan kepada RELA dan sekuriti swasta. Selain itu, tahap kurang efisien juga boleh dilihat pada keselamatan di pusat membeli-belah atau tempat awam. Hal ini mungkin kerana, kurangnya kerjasama daripada orang ramai dan pihak yang bertanggungjawab tidak begitu mengambil berat terhadap keselamatan orang ramai yang berada di tempat-tempat awam.

11) GOVERNANS

Tahap efisien dalam governans dapat dilihat pada aspek perkhidmatan agensi persekutuan, sistem pentadbiran pihak berkuasa tempatan (PBT) serta penguatkuasaan dan keberkesanan akta, perundangan dan peraturan. Keefisienan ini mungkin disebabkan oleh faktor peranan pihak kerajaan yang mentadbir kawasan Ampang.

12) ALAM SEKITAR

Pada aspek alam sekitar pula, jumlah tertinggi yang dicatat berdasarkan pandangan responden adalah kurang efisien. Keadaan ini dapat dilihat pada aspek kawalan banjir dan mudah tenggelam, kawalan dan peraturan penggunaan kawasan tanah tercemar ( tapak pelupusan) serta tindakan pihak berkuasa tempatan mengatasi masalah. Hal ini mungkin kerana, kekerapan berlakunya bencana banjir di kawasan Ampang dan keadaan ini menunjukkan ketidakcekapan pihak berkuasa tempatan dalam mengatasi masalah ini.

13) PERKHIDMATAN SECARA ONLINE / E-GOVERNANS

Pada aspek ini, responden memilih tahap efisien dari aspek semakan status sewaan kemudahan awam, semakan penyata kompaun, semakan kompaun tempat letak kereta dan carian maklumat bil pelbagai. Hal ini mungkin disebabkan oleh perkhidmatan ini lebih mudah digunakan oleh penduduk terutamanya bagi mereka yang terikat dengan kesibukan kerja dan urusan-urusan lain. Kemudahan yang disediakan ini membantu orang ramai mendapatkan sesuatu perkhidmatan itu dengan cara yang mudah dan menjimatkan masa.


PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN MPAJ

Perkhidmatan Perancangan Bandar
Perkhidmatan Bandar dan Pengurusan Alam Sekitar
Perkhidmatan Pelesenan
Perkhidmatan Bangunan
Perkhidmatan Kejuruteraan dan Penyelenggaraan
Perkhidmatan Kesihatan
Perkhidmatan Pembangunan Masyarakat
Perkhidmatan Seni Taman dan Rekreasi
Perkhidmatan Pengurusan Aduan dan Perhubungan Awam
Perkhidmatan Penilaian dan Pengurusan Harta
Perkhidmatan Penguatkuasaan Undang-undang

Wednesday, November 12, 2008

OBJEKTIF MPAJ

Menjadikan MPAJ sebagai satu model perbandaran yang berkembang maju, mempunyai pusat perdagangan, perindustrian serta tempat tinggal yang bersih dan indah dengan mempunyai sistem perkhidmatan yang berkesan dalam pelbagai bidang.

MOTTO MPAJ

"BERBAKTI, BERSIH, BERBUDAYA"

BERBAKTI kepada masyarakat

BERSIH kepada alam sekitar dan pemikiran

BERBUDAYA pekerja cekap, amanah dan cergas

FUNGSI MPAJ

Memberikan perkhidmatan perbandaran kepada masyarakat di bawah pentadbiran MPAJ merangkumi perkara-perkara berikut:

a) Kawalan Pembangunan
b) Kawalan Perniagaan
c) Pengurusan Cukai Taksiran
d) Penyediaan dan Penyelenggaraan Infrastruktur serta Kemudahan Awam
e) Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Kawasan

Thursday, October 16, 2008

Serba sedikit sejarah MPAJ

Majlis Perbandaran Ampang Jaya ditubuhkan pada 1 Julai 1992.
Terletak dalam dua Daerah :
1. Hulu Langat
2. Gombak


Kawasan Majlis meliputi :
-Mukim Ampang di Daerah Hulu Langat
(3,901 hektar – 27.2%)
-Mukim Hulu Kelang (10,075 hektar –70.2%)
-Sebahagian Mukim Setapak di Daerah Gombak
(374 hektar- 2.6%)

Jumlah Taman : 206 Taman

Majlis Perbandaran Ampang Jaya terletak dalam dua daerah iaitu
-Hulu Langat (Mukim Ampang)

-Gombak (Mukim Hulu Kelang serta sebahagian Mukim Setapak)




Friday, October 10, 2008

Komposisi penduduk Ampang


Faktor ini boleh dilihat melalui aspek demografi seperti bangsa,agama dan jantina.

Taburan bangsa utama:

Melayu: 45 %
Cina: 30 %
India: 25 %

Taburan jantina(ketepatan 100 %)
Lelaki: berdasarkan respondan 55 % orang adalah lelaki.
Perempuan: selebihnya

Apa yang ada di Ampang..........

Ampang adalah salah satu daerah yang terletak di negeri Selangor dan berada di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ). Sebelum ini, Ampang berada dalam pentadbiran Pejabat Daerah Hulu Langat. Jarak di antara pusat bandaraya Kuala Lumpurdan Ampang hanyalah 9 hingga 11 kilometer sahaja.

Secara umumnya, Ampang telah dibahagikan kepada dua bahagian iaitu :
a) Ampang Selangor
b) Ampang Kuala Lumpur (meliputi kawasan disekitar Jalan Ampang menuju ke kawasan sekitar Kuala Lumpur City Center (KLCC).
PENTADBIRAN KAWASAN AMPANG
Kawasan Zon Ampang Kuala Lumpur ini telah ditadbir oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur(DBKL) mengikut Rang Undang-Undang Wilayah Persekutuan. Kawasan pentadbiran Di kawasan Zon Ampang Selangor pula ditadbir oleh (MPAJ) yang dibahagikan kepada dua kawasan pemerintahan iaitu:
a) Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa
b) Parlimen Ampang.
Pada asalnya, Ampang cuma meliputi kawasan Kampung Baru Ampang, Pekan Ampang, Kampung Melayu Ampang, Bandar Baru Ampang, Taman Dagang, Ampang Point (Mamanda), Taman Dato' Ahmad Razali, Taman Tun Abdul Razak(Taman TAR) dan Ampang Jaya. Kini Ampang dibahagikan kepada beberapa bahagian kecil iaitu Ampang Indah, Ampang Mewah, Ampang Permai, Ampang Jaya dan Lembah Jaya.
Taman perumahan di sekitar Ampang......
Ampang mempunyai taman-taman perumahan berikut:
-Taman Dagang, Taman Cahaya, Taman Cempaka,Taman Cahaya,Taman Saga, Taman Bukit Indah, Taman Kosas, Taman Kesuma, Pandan Jaya dan Pandan Indah.
Ampang juga sehingga kini telah berjaya meluaskan kawasan takluknya dibawah pentadbiran(MPAJ) sehingga ke Kampung Melayu Ampang, Pinggiran Ukay, Ukay Height,Baverly Hill, Taman Keramat AU, Bukit Antarabangsa, Jelatek, Zoo View (kawasan sekitar Zoo Negara),Taman Permata,Taman Melawati dan sehingga ke Taman Maluri.
Di samping itu beberapa kondominium mewah juga terdapat di sekitar kawasan Ampang:
-Chansellor Condominium
-Tara Condominium
-East Side One Ampang Avenue
-Condo Villa Aman
-
Villa Ampang
-Kondominium Kojaya
-
Flat Desa 288
Mamanda merupakan kawasan yang meliputi kawasan kecil Ampang Point dan Taman Dato Ahmad Razali. Kawasan ini juga ditadbir oleh (MPAJ). Kawasan Mamanda ini diambil dari perkataan "Para-para Pembesar Melayu". Perkataan ini telah dicatatkan pada nama-nama jalan disekitar kawasan itu. Kawasan Mamanda ini telah dimajukan oleh pemaju dari Syarikat Selaman Sdn.Bhd (Sebuah anak syarikat kepada Kumpulan Selangor Berhad yag dimiliki penuh oleh Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan) sekitar tahun 1989 sehingga 1992. Sehingga sekarang syarikat ini telah berjaya membangunkan beberapa kawasan baru di sekitar negeri Selangor. Pejabat utama syarikat ini terletak di kawasan Ampang Point. Keluasan Mamanda dianggarkan 1.5 hektar dan kos pembangunan di kawasan ini memakan hampir RM5 juta. Kawasan ini terletak di sempadan kawasan pentadbiran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur(DBKL) dan terletak lebih kurang 3 kilometer dari dari Pusat Bandar Kuala Lumpur.
Kemudahan yang disediakan..........
Perjalanan ke pusat bandar amat strategik di mana terdapat lebih banyak jalan yang menghubungkan ke Ibu Kota Kuala Lumpur di samping Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) dan Middle Ring Road 2(MRR2). Sebagai merakamkan rasa penghargaan kepada Selaman Sdn.Bhd yang telah banyak berbudi terhadap pembangunan kawasan Mamanda, sebatang lorong yang berhadapan dengan Dataran D'Palma dan Pusat membeli belah Ampang Point telah diberi nama Lorong Selaman. Lorong ini yang agak sesak kerana merupakan jalan yang menjadi salah satu laluan utama untuk memasuki Jalan Ampang (jalan terpanjang yang menghubungkan laluan ke Pusat Bandar Kuala Lumpur).
Tempat menarik.........
Ampang juga mempunyai sebuah hutan simpan yang lebih dikenali sebagai "Hutan Simpan Bukit Belacan" yang terletak di kaki Bukit Belacan. Kini pada tahun 2008 hutan simpan itu telah diberikan nafas baru dengan landskap panorama yang lebih indah, bersih dan mesra. Nama baharunya adalah"Taman Rimba Ampang".

Thursday, September 18, 2008

Peta Mukim Ampang Jaya


[ Kembali ]

MISI MPAJ

Memberi perkhidmatan perbandaran yang cekap dan berkualiti bagi memastikan warga Ampang Jaya menikmati kehidupan yang selesa dan sejahtera.

VISI MPAJ

Ke arah memajukan sebuah perbandaran yang makmur berlandaskan perancangan dan pengawalan pembangunan, perkhidmatan perbandaran, penguatkuasaan undang-undang dan budaya kerja berteraskan "delivery system".

LATAR BELAKANG MPAJ


Majlis Perbandaran Ampang Jaya ditubuhkan pada 1 Julai 1992 dan diisytiharkan sebagai Bandar Bunga Tanjung pada 16 Ogos 1993.

Pecahan Gunatanah:
-Hutan - 50.7%
-Perumahan - 36.4%
-Kemudahan Awam - 5.2%
-Pertanian - 3.1%
-Perniagaan - 2.7%
-Perindustrian - 0.9%
KEDUDUKAN MPAJ

MPAJ terletak dipinggir bandaraya Kuala Lumpur iaitu bersempadan dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Majlis Perbandaran Selayang dan Majlis Perbandaran Kajang.
Terletak di dalam dua pusat pentadbiran tanah dan daerah iaitu Daerah Hulu Langat dan Daerah Gombak. Ia meliputi keseluruhan Mukim Ampang, keseluruhan Mukim Hulu Kelang dan sebahagian Mukim Setapak.
Keluasan kawasan pentadbiran MPAJ : 14 350 hektar atau 35 458.9 ekar
Jumlah penduduk diseluruh kawasan MPAJ dianggarkan seramai 574,300 orang pada tahun 2007 (sumber dari Jabatan Perangkaan Malaysia) dan ianya merangkumi 12.7% dari keseluruhan penduduk di Negeri Selangor.

Saturday, August 2, 2008

Ketidakefisienan MPAJ menangani masalah rakyat

Di Kuala Lumpur, mangsa kejadian tanah runtuh di Kampung Pasir, Hulu Kelang menyatakan kekecewaannya terhadap Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) yang tidak bertindak menangani masalah pembangunan di kawasan itu walaupun penduduk telah membuat aduan. Pengaduan jawatankuasa penduduk Kampung Pasir kepada MPAJ berkenaan projek pembangunan perumahan di tepi bukit itu telah dilakukan sejak 3 tahun lepas tetapi tiada sebarang tindakan yang diambil oleh MPAJ untuk menangani masalah tersebut. Kawasan yang didiami kirakira 200 orang dengan lebih 90 peratus warga Indonesia yang menyewa daripada rakyat tempatan ini merupakan kawasan bukit dan tidak diteroka (untuk pembangunan projek perumahan) lagi tetapi tiga tahun lepas kawasan ini mula diteroka dan akibatnya nyawa mangsa tidak bersalah menjadi korban. BERNAMA

Masalah jerebu di Sabah akibat proses perbandaran

Jerebu adalah merupakan zarah-zarah kecil yang boleh wujud secara semulajadi ataupun wujud akibat daripada kegiatan seharian manusia. Asap kilang, asap kenderaan dan juga asap pembakaran adalah faktor penyumbang kewujudan jerebu. Apabila zarah-zarah kecil berkumpul dengan jumlah yang banyak, bertaburan dan terapung di udara maka ia akan menyerap dan menghalang cahaya matahari untuk sampai ke permukaan bumi. Keadaan ini kemudiannya akan menyekat pemandangan dan menurunkan kadar penglihatan.

Jerebu adalah satu fenomena yang begitu merunsingkan pada satu ketika dahulu. Ia bukan sahaja membawa kesan buruk kepada individu tetapi juga kepada negara. Jerebu selalunya berlaku di kawasan bandar. Kilang dan jumlah kenderaan yang banyak menjadi penyumbang utama kepada fenomena ini. Selain daripada itu keadaan cuaca memburukan lagi keadaan, dimana pada tahun 1997, negara telah dilanda fenomena El-Nino yang membawa cuaca kering dan panas berpanjangan. Jumlah hujan menurun dan negara mengalami masalah bekalan air dan penurunan tekanan air. Antara daerah yang mengalami masalah ini di Sabah ialah daerah Kota Merudu, Kota Belud dan Kudat.

Namun begitu kejadian jerebu yang paling teruk dialami pada tahun lalu adalah disebabkan oleh pembakaran terbuka oleh negara jiran. Sabah juga terjejas teruk akibat daripada fenomena ini. Pembakaran terbuka di Kalimantan nyata telah membawa padah apabila api sukar dikawal dan menjilat sebahagian besar kawasan hutan. Oleh kerana Kalimantan agak berdekatan dengan Sabah maka penduduk semakin cemas dan langkah berjaga-jaga harus dilakukan. Asap akibat daripada pembakaran tersebut meliputi negeri Sabah menyebabkan keadaan semakin teruk. Sabah terpaksa menghantar bantuan kepada Kalimantan dan Indonesia untuk memadam kabakaran. Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri telah menghantar 80 orang anggotanya untuk tujuan tersebut. Pembakaran ini bukan sahaja menimbulkan masalah kepada negara kita malah negara-negara lain yang berdekatan seperti Thailand, Singapura, Brunai dan Filipina juga tercemar dengan teruk. Jabatan Kajicuaca Sabah melipatgandakan usaha untuk memberikan bacaan Index Pencemaran Udara (IPU) kepada semua penduduk untuk mengetahui tahap kualiti udara yang tepat.
Sumber : Borneo Post, 23/9/1997 dan Daily Express, 5/2/1997

Penangan urbanisasi perlu menjadi kebijakan nasional

Menneg LH Sarwono Kusumaatmdja: Penanganan Urbanisasi Perlu Menjadi Kebijakan Nasional -------------------------------
-Penanganan masalah urbanisasi yang tinggi di kota besar di negara-negara berkembang, sudah harus menjadi sebahagian dari kebijakan nasional. Hal ini disebabkan oleh pertambahan penduduk yang terlampau cepat seperti di Jakarta, telah menimbulkan persoalan tersendiri dalam penyediaan berbagai kemudahan serta kualiti lingkungan hidup.
-Demikian dikemukakan Menteri Negara Lingkungan Hidup, Sarwono Kusumaatmadja di depan konsultasi nasional pembangunan perkotaan yang diselenggarakan Forum Pengembangan Keswadayaan di Jakarta, Rabu (21/9). Selain Menteri Sarwono, tampil sebagai pembicara Dr. Tommy Firman dari Institut Teknologi Bandung (ITB) dan Prof Johan Silas dari Institut Teknologi Surabaya (ITS).
-Menurut Sarwono, Jakarta pada tahun 2000 akan menjadi salah satu dari 23 mega cities di dunia yang berpenduduk di atas 10 juta jiwa. Pertambahan jumlah penduduk yang cepat itu, berhadapan dengan terbatasnya sumber daya alam dan sumber daya buatan, seperti air bersih, perumahan, sanitasi lingkungan, tempat pembuangan sampah, dan pelayanan kesehatan. Sementara pemakaian air tanah yang berlebihan menyebabkan penurunan muka air tanah sangat cepat, dan di beberapa tempat dapat menyebabkan penurunan tanah, serta intrusi air laut sampai jauh ke darat.
-Ia mengatakan, masalah lain yang cukup parah akibatnya pesatnya urbanisasi adalah semakin memburuknya kualiti lingkungan hidup, yang antara lain terlihat dari kehidupan di kawasan kumuh yang semakin parah, meningkatnya limbah rumah tangga, pencemaran udara.
Masalah arus migrasi dari pedesaan ke perkotaan, menurut Menteri LH, bukan hanya masalah Jawa saja. Tapi juga berkaitan dengan perkembangan daerah-daerah luar Jawa. Sehingga upaya menekan arus migrasi harus dilakukan melalui pendekatan pengembangan wilayah. Ini berarti fasilitas-fasilitas yang biasa dinikmati penduduk perkotaan pembangunannya perlu disebarkan ke pedesaan. Dengan cara ini penduduk pedesaan yang bermigrasi ke perkotaan karena ingin menikmati fasilitas urban, akan terangsang untuk tetap tinggal di desanya.
-Ditambahkan, karena masalah arus migrasi bukan hanya masalah Jawa, maka kebijakan menekan arus migrasi harus merupakan bagian dari kebijaksanaan nasional. Sehingga Pemda-pemda Tk II diluar Jawa perlu dilibatkan mengurangi arus migrasi, melalui suatu kebijakan "mengurbankan" daerah pedesaan melalui penyebaran pembangunan fasilitas-fasilitas perkotaan. Untuk itu, penyusunan tata ruang pembangunan masing-masing daerah, haruis mengacu pada tata ruang nasional.
-Khusus mengenai pembangunan sejumlah epmukiman kota baru oleh swasta, seperti reklamasi pantai, dll. Menurut Sarwono tidak perlu dilarang sepanjang dampaknya tidak besar terhadap perubahan fungsi lingkungan alamnya. Untuk menilai kelayakan rencana pembangunan pemukiman kota baru oleh swasta, pemda perlu mengoptimalkan fungsi Amdal regional.
-Demikian pula dalam pengalihan fungsi lahan pertanian produktif, pemuda jangan terlalu mudah tunduk pada "tekanan" dari para developer. Atau pun kalau itu harus dilakukan, developer perlu mencetak sawah pengganti lengkap dengan irigasi teknis diluar pulau Jawa, sebelum diberikan izin menggunakan lahan yang dimohon.
(Harian Umum Kompas, 22 September 1994)

Sunday, July 27, 2008

assalamualaikum....


hyeeeeeeeeeeeee.....
saya nurul...........

salam perkenalan dari saya........
buat teman-teman seperjuangan...........
heheheeeeee...........